Wednesday, July 6, 2011

LaRiaN 1mUrid 1sUKaN 1maLaYsia~



Acara ini diadakan bersempena dengan Pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang diadakan di Dataran Himpunan SK Lembah Jabor. Pelancaran dirasmikan oleh En Aziman merangkap Penghulu Mukim Jabor.
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia melibatkan kira-kira 3.5 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah seluruh negara dan diadakan serentak sebagai simbol kepada pelancaran dasar 1M1S. Larian ini juga adalah usaha untuk melakar rekod “Penyertaan Murid Sekolah Paling Ramai Serentak Dalam Larian”

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang disertai oleh murid-murid SK Lembah Jabor, SJK(C)Jabor dan SK Sg Pergam telah berlangsung pada hari Sabtu 2 Julai 2011. Lebih menarik lagi larian turut disertai oleh ibubapa dan guru
.






Banner kreatif murid-murid SKLJ

~Guru Besar Wan Adnan Wan Muda (baju biru) bersama Penghulu Mukim Jabor En Aziman~
~orang kuat SKLJ~

p/s : Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini dengan selamat dan lancar khususnya semua guru dan staf SKLJ serta ibu bapa.Terima kasih juga kepada pihak Sime Darby dan anggota pengawal keselamatan atas segala komitmen yang ditunjukkan dalam menjaga lalu lintas dan keselamatan semua peserta.

No comments:

Post a Comment